1)Bila ko masuk universiti yang tertua kat Malaysia nie hidung ko mesti kembang punya, nak2 kalau ko masuk jurusan kritial medic, law xsilap aku skrg nie UM dah mintak 4.0 mak aiii!!korang semua mesti melopong mula2 masuk, bangga xsudah, dah mcm rusa masuk kampung. Rata2 student dalam nie bebudak Asasi/SBP/Matriks so kira boleh kira dgn jari budak2 diploma so kalau jumpa balik ibarat reunionler korang and mulaler membandingkan sekolah mana lagi best..haihlar....masuk2 UM ko tgk apsal semua pakai baju ikut suka hati ko...xada code of ethics ker....sbnarnya ada...tapi dah ko dah masuk UM masing2 nak tunjuk fashionable gtew. Minggu Haluan Siswa ko dibahagikan ikut kolej kediaman, ada kolej 1(law student), Kolej 2(engineering student), Kolej 3, Kolej 4, Kolej 5(Dayasari), Kolej 6(IbnuSina), Kolej 7(Zaaba), Kolej 8(Kinabalu), Kolej 9(nie kalau masuk pertandingan apa jer mesti menang nak2 kalau masuk Festival Seni..nak jadi artis boleh masuk kolej nie), Kolej 10(semua ada), Kolej 11(Asasi/Persediaan ke Jepun), Kolej 12(Kolej idaman ala2 student UM rasa mcm dok Apartment and yg paling cantik tapi lokasi nak pegi kelas jauh), Kolej 15(nie jauh kitaorg panggil kolej buangan). Kalau ko dkt MHS(Minggu Haluan Siswa) ramai2 ler budak senior tunjuk bagus ko hadam jerlar even kadang2 beza umur 1 tahun jerk..masing2 gila kuasa, tahan ler sikit wakaka.....Bab culture shock nie UM nie dekat tgh2 bandaraya KL kalau ko boleh tahan segala godaan tgk wayang kat midvalley(sebelah jer pun), main bowling , jalan2 in sha Allah ko berjaya...haha
2)KEMUDAHAN PENGANGKUTAN
Ok yang nie pun masalah jugak gak kat UM, kadang2 pakcik bas nie dtg awal ikut schedule kadang2 lambat mmg tak punctual, mana2 yang ada kelas kat API(Akademi Pengajian Islam) untuk subjeck elektif wajib TITAS, kalau ada transport sendiri bolehler pegi dengan gembiranya, mana2 yang nak tunggu bas naik kematu ler ko tggu kadang2, tapi selalunya ada jer bas, cuma kadang2 jer terlambat skit biasaler tueee....kalau x, xdinamakan pengalaman. Ko akan terbiasa alahh.alah..ala biasa tegal biasa, Tapi kalau kelas ko dkt Fakulti Sains takpun Fakulti Ekonomi or Perniagaan..nangis jugakler kalau bas lambat, tapi ko xyah risau lecturer2 kat API semua baik2..kadang2 ko masuk lagi 10 minit pun dia ok, yang lagi best ko xpegi TITAS langsung...pass kad matrik jerk nak2 ari Jumaat..ikut giliran saper nak kenal swipe kad matriks, maka ramailer student beratur dengan kad matriks rakan2 kat tepi dewan kuliah....lagi satu masa naik bas jgn lupa buat senyuman manis kat pakcik bas....wakaka
3)Yuran Pengajian Ijazah/Master/PHD
ermmm..yang nie mcm yang korang tauler dah sah2 universiti nie universiti yang dapat taraf ISO9001 bukan setakat kat Malaysia jer, Miami, United States, Philipines, United Kingdom dan sebagainya. Orang selalu tanya kenapa yuran kat UM mahal, padahal Universiti kerajaan..bagi aku mahal sbb mungkin bayaran lecturer2 kat sini mahal atau yang terbaik di antara yang terbaik kat Malaysia sbb tue mahal. UM memang terkenal kos yuran pengajian yang mahal, tapi UM juga terkenal dgn sponsorship yang banyak dari Petronas, Telekom, PTPTN dan mcm2 lagi pendek kata korang kena pandai selongkar dan cari. Memang xnafikan yuran pengajian kat UM boleh kata buat kami student ikat perut tapi tak adaler sampai mati kelaparan xmakan...ada jer cara untuk korang dptkan bantuan/pinjaman bagi yang kurang kemampuan. Pendek kata nak belajar kat Universiti terbaik kenalar sanggup bayar yuran dan nak masuk ke sini pun bukan semua orang boleh masuk..jadi mana2 yang terpilih tue bersyukurlah hendaknya...sbb rezeki anda di sini UM!!dan lagi satu kalau ko ex-mrsm nanti adalar pengumuman nak ambik skim biasiswa ex-student MRSM nak jadi cikgu bestari...masa nie kita yg bukan budak MRSM terlopong jerlar dgr......tapi jgn risau rezeki ada dimana2..kuang22!!!