Monday, 31 July 2017

30 PERKARA KALAU KAU NAK JADI STUDENT KAT UNIVERSITI MALAYA

Culture Shock
1)Bila ko masuk universiti yang tertua kat Malaysia nie hidung ko mesti kembang punya, nak2 kalau ko masuk jurusan kritial medic, law xsilap aku skrg nie UM dah mintak 4.0 mak aiii!!korang semua mesti melopong mula2 masuk, bangga xsudah, dah mcm rusa masuk kampung. Rata2 student dalam nie bebudak Asasi/SBP/Matriks so kira boleh kira dgn jari budak2 diploma so kalau jumpa balik ibarat reunionler korang and mulaler membandingkan sekolah mana lagi best..haihlar....masuk2 UM ko tgk apsal semua pakai baju ikut suka hati ko...xada code of ethics ker....sbnarnya ada...tapi dah ko dah masuk UM masing2 nak tunjuk fashionable gtew. Minggu Haluan Siswa ko dibahagikan ikut kolej kediaman, ada kolej 1(law student), Kolej 2(engineering student), Kolej 3, Kolej 4, Kolej 5(Dayasari), Kolej 6(IbnuSina), Kolej 7(Zaaba), Kolej 8(Kinabalu), Kolej 9(nie kalau masuk pertandingan apa jer mesti menang nak2 kalau masuk Festival Seni..nak jadi artis boleh masuk kolej nie), Kolej 10(semua ada), Kolej 11(Asasi/Persediaan ke Jepun), Kolej 12(Kolej idaman ala2 student UM rasa mcm dok Apartment and yg paling cantik tapi lokasi nak pegi kelas jauh), Kolej 15(nie jauh kitaorg panggil kolej buangan). Kalau ko dkt MHS(Minggu Haluan Siswa) ramai2 ler budak senior tunjuk bagus ko hadam jerlar even kadang2 beza umur 1 tahun jerk..masing2 gila kuasa, tahan ler sikit wakaka.....Bab culture shock nie UM nie dekat tgh2 bandaraya KL kalau ko boleh tahan segala godaan tgk wayang kat midvalley(sebelah jer pun), main bowling , jalan2 in sha Allah ko berjaya...haha




2)KEMUDAHAN PENGANGKUTAN
Ok yang nie pun masalah jugak gak kat UM, kadang2 pakcik bas nie dtg awal ikut schedule kadang2 lambat mmg tak punctual, mana2 yang ada kelas kat API(Akademi Pengajian Islam) untuk subjeck elektif wajib TITAS, kalau ada transport sendiri bolehler pegi dengan gembiranya, mana2 yang nak tunggu bas naik kematu ler ko tggu kadang2, tapi selalunya ada jer bas, cuma kadang2 jer terlambat skit biasaler tueee....kalau x, xdinamakan pengalaman. Ko akan terbiasa alahh.alah..ala biasa tegal biasa, Tapi kalau kelas ko dkt Fakulti Sains takpun Fakulti Ekonomi or Perniagaan..nangis jugakler kalau bas lambat, tapi ko xyah risau lecturer2 kat API semua baik2..kadang2 ko masuk lagi 10 minit pun dia ok, yang lagi best ko xpegi TITAS langsung...pass kad matrik jerk nak2 ari Jumaat..ikut giliran saper nak kenal swipe kad matriks, maka ramailer student beratur dengan kad matriks rakan2 kat tepi dewan kuliah....lagi satu masa naik bas jgn lupa buat senyuman manis kat pakcik bas....wakaka



3)Yuran Pengajian Ijazah/Master/PHD
ermmm..yang nie mcm yang korang tauler dah sah2 universiti nie universiti yang dapat taraf ISO9001 bukan setakat kat Malaysia jer, Miami, United States, Philipines, United Kingdom dan sebagainya. Orang selalu tanya kenapa yuran kat UM mahal, padahal Universiti kerajaan..bagi aku mahal sbb mungkin bayaran lecturer2 kat sini mahal atau yang terbaik di antara yang terbaik kat Malaysia sbb tue mahal. UM memang terkenal kos yuran pengajian yang mahal, tapi UM juga terkenal dgn sponsorship yang banyak dari Petronas, Telekom, PTPTN dan mcm2 lagi pendek kata korang kena pandai selongkar dan cari. Memang xnafikan yuran pengajian kat UM boleh kata buat kami student ikat perut tapi tak adaler sampai mati kelaparan xmakan...ada jer cara untuk korang dptkan bantuan/pinjaman bagi yang kurang kemampuan. Pendek kata nak belajar kat Universiti terbaik kenalar sanggup bayar yuran dan nak masuk ke sini pun bukan semua orang boleh masuk..jadi mana2 yang terpilih tue bersyukurlah hendaknya...sbb rezeki anda di sini UM!!dan lagi satu kalau ko ex-mrsm nanti adalar pengumuman nak ambik skim biasiswa ex-student MRSM nak jadi cikgu bestari...masa nie kita yg bukan budak MRSM terlopong jerlar dgr......tapi jgn risau rezeki ada dimana2..kuang22!!!






MASTER IN BUSINESS ADMINISTRATION KAT UNIVERSITI MALAYA 2017

mana2 pm akak sbb nak further study kat UM nie dia punya syarat and kelayakan beserta subjek yang kena ambik ada akak lampirkan..perlu diingat kalau ambik kat UM ada research paperwork and pengkhususan
1)Internal Auditing
2)Business Information System
3)Finance
4)Islamic Finance
5)Human Resource Management
6)International Business
7)Marketing
8)General Management

jadi tak ada maknanya MBA tue general, xada istilah general di sini ko hadaplah 16 subjek dan total credit 51 Jam Kredit iaitu antara yang terbanyak berbanding dgn universiti lain
akak buat comparation dengan UiTM jer sbb tue yg paling dekat...ada orang tanya mana lagi okay..yang akak tgk silibus UiTM 13 subjek di mana memang tak sama dgn kami dan xada pengkhususan kalau ambik MBA semata2...tapi diaorang ada tawarkan Master in Islamic Finance still total up 13 subjek for those degree in Islamic Finance n degree in other major kena tambah jadi 17 subjek and tak ada research....so mana2 tanya ada ker idok research..kat UM memang adaler research walau ko menghadap course work..and jangan tanya lagi akak yerk apsal lama benor...akak baru nak setahun ambik dik..in sha Allah tahun depan akak abis..tue pun dgn 4 subjek....pasal lecturer mana2 Universiti pun expert tapi kalau nak rasa belajar dengan lecturer yg ala2 selalu masuk TV and ada kalangan yang grad dari cambridge and harvard or yale (masa degree) nielar tempatnya adik...pokok pangkal hati kita..belajo kat mana2 pun sama...yg xsama bila tekanan yang dihadapi pada kami yang bekerja n belajo and nak kekal pointer...SELAMAT MEMOHON UNTUK POSTGRAD yer...dah jgn pm2 lagi akak publickan.....
apa yang akak tau kat UM kalau pengkhususan glamer utk dept kami tentulah Finance ngan Internal Auditing..(gila ko xglamer lepas grad bleh bukak firm audit nk check2 org).. and kalau nak study PHD kat UM jgn berangan nak coursework mmg tak ada....semuanya RESEARCH...n dari master juga RESEARCH....(maksud akak ambik coursework pun tetap ada research menanti)
Bab paper exam..rata2 paper master kebanyakkan mmglar kadang2 out of the box sangat soalan..mcm last sem akak ambik Management Information System..akak n the gang punyalah baca dgn hafazan, tajwid, idgham, berserta ayat fatonah..tiba2 bila kuar soalan...akak dah musykil... banyak benor soalan tapi satu pun akak tak faham adalah lebih kurang 10 soalan dan 3 pecahan setiap satu...soalan dia semua kind of analysis, kind of terms analysis..akak kata dalam hati jahanammmm nie..jahanammm..akak tengok kwn2 akak semua sama pandang memandang sambil berkerut..rupanya2 lecturer akak bagi soalan nah hambek ko 3 muka surat tentang satu jurnal..alamak! masa 2 jam..baca jurnal jer dah setengah jam xphm2 gak..satu dewan senyap sunyi biasanya ada gak budak2 yg power akan dengan hidung kembang kepisnya kuar awal..konon dah siap tapi kali nie masing2 mcm sedang berperang..xda sorang pun yg kuar awal..akak pun panik...akak pun gunakan segala hembusan kepakaran, seni silat jelita, teknik foundation ayu dan terus akak sertakan apa yang akak hafal....alhamdullilah akak lulus paper tue dgn jayanya....
ADA TAK BEBUDAK REPEAT?hmmm...mmglar ada...mengikut kecekapan masing2..tapi majoriti yg akak tau akan repeat Accounting kalau tak accounting...Corporate Finance n kalau tak pun Economy dan jgn tak tahu marketing pun ada ramai repeat sbb dgr kata lecturer marketing standard presentation dia ibarat mcm ko yg nk produce product tue kat pasaran ala2 mcm The Apprentice tue.....jadi ramailar yg terhuyung hayang dgn assignment jurnal setiap minggu....and bebudak Finance and Auditing tentulah lagi mencabar papernya sbb banyak sekali kiraan graph, kalkulus dan mcm2 teknik ilmu persilatan diperturunkan...dan akak pun gerun menengoknya.....ada yg muntah tak? nie dah mcm biasa....berlaku..kalau dah banyak sgt presentation, assignment and salah pilih subjek yg sukar dan sukar..alamatnya ko akan muntah hijau..kalau muntah darah dah sah2 kau kena santau tue akak tak boleh tolong yerk....akak pun slalu muntah2 tgh2 sem kalau byk sgt assignment apa orang kata pregnant diluar kandungan gtew(gurau jer)..maksudnya tekanannya sgt tinggi..and kalau study week memang masing2 tak bercakap..tapi ada jugak yang mmg Allah bagi otak yang pintar ttp berjalan , shopping n bersukan tak hengat...bestnya jadi diaorg nie....
and kalau research kau begitu hebat, tertarik n kebabomm sampai jadi journal rujukan kemungkinan besar tak payahlah ko pikir panjang pasal research koo yek....satu student and satu supervisor (akak tanya senior, supervisor yang ko nak ko tak blh pilih nanti bias katanya so nnti akan ada mesyuarat dan ko akan ditempatkan dgn sapa tue nasib ko...akak rasa kalau dah masuk masa pemilihan better kita sembahyang hajat mintak lecturer yang kita suka..sbb ada lecturer yang terlalu strict and skema sampai kitaorg pun takut dgn standardnya harap idoklar akak terpilih dgn lecturer/supervisor tapi kalau dapat jugak kenalar paham dah ko kat UM...ko hadaplar benda nie...memang dari kelas lagi kalau ko xdpt jawab soalan ko dah kena sekolahkan...iniker student dari UM yg orang cakap bagus sgt tue....and jgn ko risau memang ramai yg melopong walau lecturer ko gigih berleter tentang standard, ko hadaplah dan bersyukur)
SELAMAT MAJU JAYA
ikhlas
dari seniormu yang sentiasa ceria


https://www.um.edu.my/docs/default-source/master-of-management-(mm)-handbook/buku-panduan-mba-2016_2017-(1).pdf?sfvrsn=2

and 

yang terbaru UM lebih kepada research dengan menetapkan 10 credit hours untuk bahagian ini...selamat berjaya adik2..and doakan akan berjaya menyiapkan thesis and VIVA defense yg dah dekat nie..alhamdullilah..setakat nie akak tak ada paper fail walaupun background degree bukan dalam Management and Accountancy..akak budak kimia ler dik yang dah lari dari skop kerja....Gud luck kepada semua adik2ku...Selamat Berjaya..nah nie prospektus UM yg terbaru...kalau nak apply rata2 pointer mcm ko nampaklar 3.0 ke atas tapi setau akaklar geng2 akak termasuk akak semuanya 3.30 ke atas..and tempat terhad..selamat memohon yerk....

lepas nie moh kita sambung Phd pulak...akak dah dapat interview ker Aussie kalau dapat bolehlar akak main dgn kangaroo kat sana..jadi lets kita memburu cita2 dan impian tak salah pun kalau bercita2 tinggi..yang penting semangat kena kuat...nie yg latest

 https://www.um.edu.my/docs/librariesprovider80/download-handbook/FBA_Handbook_30082018/mba-handbook-2018-2019.pdf?sfvrsn=2